Tuesday, October 15, 2013

Graduation Day

 
. 12 Oct 13 . Graduation Day . New Town of UDA Secondary High School . cehh -.-
yaa , lamanya aku tunda nak buat post ni. Nevermind, at least aku buat dari tak buat langsung hee.

 Nak story sikit pasal graduation day ni. At first, pengetua cadangkan pelajar-pelajar yang lulus dan cemerlang je boleh naik pentas masa hari Sabtu. Means, pelajar-pelajar yang gagal B.Melayu atau Sejarah masa trial tak dibenarkan untuk join kitorang masa graduation day. Sedih bukan ? Terkejut juga aku masa dengar announcement tu. Kalau kelas aku, aku tak risaulah. Yang aku kesian, tu ha kelas PD yang aku dengar majoritinya gagal. 5 orang je kot yang lulus, entah. Tak, aku rasa macam tak adil pun ada juga. Cikgu announce bila trial dah habis, bukannya sebelum trial. Ini sekolah harian biasa, so it's normal ok kalau tahap IQ tu ada yang tinggi, sederhana, rendah.

But then, bila cikgu-cikgu buat meeting.
Usul tu tak jadi buat pada tahun ni tapi buat tahun depan. Fuhh, so kitorang form 5 yang seramai 316 orang ni semua boleh join convo ni wuhuu ..

Ini, 5 ST. Tahun ni bilangan kitorang meningkat secara drastik.
Tahun lepas, aku yang last sekali masuk. Tu pun dah 35 orang. Tahun ni ? 39 orang. Kalau boleh nak cukupkan je 40 orang. Lailaii, seorang je lagi diperlukan -.-
 (damn, aku takde dalam gambar. tu lah lapar sangat terus menuju ke kantin)
Hahaha it's okayy T-T
Di dalam dewan, nampak sangat kitorang dah boring nak tunggu semua pelajar habis naik pentas. lama koott. ohh yaa dah lah aku yang first naik . Ni yang nak bangga ni hohoho
Again, pegawai tu berucap lama sangat. Banyak pula kisah hidup dia yang aku dengar. haha muka semua dah macam hape je
We're Gryffindor. hah
Anies, Zul, Iman, Fana
Luqman, AmiraFaqiha, Aisyah, Afiqah, Kama
me, Amirah Aqilah ngee~
me with ChuWeiHong
me with Kamalulhadi spoil muke aku tak ready lagi
me with Eaddy MohdNor. haha eady tengah cover perut tuh.. gua tau
And my parents ;D
Lastly, Rumput.. spoil betul tiang belakang tu -.-

suke ? thnx for the reading ..

Friday, October 4, 2013

1st Oct . Sweet 17 . PizzaHut



Happy Belated Birthday Afiqah Solehah ;D
May Allah bless you and good luck for your SPM. Straight 8A's . Baru nak 17 yee.. 
And thanks for the big box PizzaHut. Sorry sebab tak dapat nak celebrate macam yang kita semua plan. 
Tetiba pula kitorang ada extra class hmm.. 

So, kitorang buat delivery saje. haha . Sementara nak tunggu pizza sampai, kitorang pun main bola dulu, snapsnap, baringbaring kejap.

lepak jap baru habis kelas ;)

see? 
Ini padang kami xP. Nanti dah habis sekolah aku akan rindu kat rumput ni ._.

pokok betik. ehh?

tak senonoh betul diorang ni -.- kat koridor pun jadii ... err

dan, mari makan !

haha aku pilih tempat ni sebab malas nak makan dalam kelas. Nani berlipas err =.=
so, kitorang makanlah kat rumput ni je. nanti senang nak kemas. Tinggal baling je kat tong sampah belakang sekolah tu. cop, aku still tak puas hati. asal pyqa tak kena prank ? chett.. ini sungguh tidak adil haha.

Dah habis ,makan semua . Tinggal pyqa, sab, chu, nenda je yang melepak kat kelas MPV. kitorang yang lain ni ? kene masuk kelas bio -.- 

Actually, cikgu Reduan pun dah nampak kitorang berpicnic, lambat sikitlah masuk kelas. 

Hello ? kbye ._.

suke ? thnx for the reading ..

Sunday, September 22, 2013

Sweet 17 Amirah Aqilah

Hello, hai dan assalamualaikum. Hari ini ialah hari Sabtu. Sabtu ialah hari ini. ok diam -.- as usual, hari Sabtu dah macam hari persekolahan biasa bagi aku. ok stop, actually taknak cerita pun pasal 'hari ini' . ermm maybe ada sikitlah. Ahh baca jelah sampai habis senang cerita --'
 
Ok seperti yang telah sedia maklum, aku telah dilahirkan di muka bumi ini pada 18 September 1996 tepat pada jam 9.10 pagi. Pehh ayat macam tak boleh nak cliche lagi ._.

                                                        heyyooo.... cute betul coffee cake ni :3
ok ini al-kisahnyaa.. hari Rabu yang lepas, ehemm ehemm hari paling bersejarah dalam dunia. 
Harhar yupp semalam punya semalam, lagi semalamnya. eh ? ok malas sebenarnya nak menaip banyak -banyak.
Kita proceed yee...
9e
-Get ready and standby dengan bom tangan tepung gandum cap sauh-
At first, aku dah suspect mesti aku akan kene prank punya hari rabu tu. Sebab tu lah aku dah plan awal-awal taknak stay kat sekolah lepas habis kelas.
But then, kama begging suruh aku stay sekolah 'katanyee' nak belanja aku makan kat medan and sambut birthday sekali.


Bila diorang suruh aku pergi medan -.- aku pun keluar kelas dengan riangnya sebab diorang nak belanja makan.
Tapii..............
atottooo.. main kejar-kejar.

Bravo ! korang umpan aku dengan 'belanja makan' pehh ..pakat dengan pak guard dan cikgu ridwan mengaburi mata aku =.= 
haha candid. Randomness.awesome.tudung serabai.

 
. mixblood . we are not racist. 5st . 5si1 . 5si2 . 5mpv .

 
hokaayy................. -.- jangan salah faham, budak ini normal ;D

 
Before balik, lepak-lepak dulu kat rumput ni. Taktau kenapa aku suka sangat baring kat rumput ni -.-' sejuk maybe hehe

 
Hidup segan, mati tak mahu. Kalau tau, aku pakai kasut putih. 
Takyah susah-susah nak kapur -,-
Thanks for the presents ;D 
Deep, Myea, kama, anies, dijah, azizi, kamal, iman


Tadi masa balik sekolah, dah lintas jalan padahal.
Kena prank kali kedua dengan mahrun and bella.Terkejut aku, hari ni bukannya birthday aku lagi.tetiba diorang tepek syrup, coklat and colgate kat muka aku. colgate,yupp ubat gigi yang pedas tuh -.- pehh sampai sepet mata aku dibuatnya.*Happy belated birthday miqi


Yang paling tak boleh belah, diorang bukan buat kat dalam sekolah, but dekat luar sekolah.
Tak macam bengang pula aku lintas jalan dengan muka 'berdarah' tuu..
Sebelum balik tu terpaksalah aku menebalkan muka pergi medan semata-mata nak basuh muka yang dah pedas kena colgate. Orang kat medan tengok aku macam pembunuh bersiri yang baru lepas bunuh orang =.= what on earth. boleh pulak ada paan, kidd, syafiq kat medan tuhh . tergelak-gelak tengok aku.
As I expected, diorang memang dah pakat -.- cehh ini memang geng-geng prank yang kotor, ganas.


tapi takpe..Tahun lepas kena simbah dengan air nila, tahun ni hmm inilah.
Thanks .

ohh ye tak habis lagi cerita.
Sampai je rumah tadi, ayah terkejut tengok tudung aku macam tak senonoh sahaja.

Ayah: ni kenapa berdarah muka ni? bergaduh kat sekolah ke tadi?
me: kena buli.
Ayah: macam baru masuk kebun je
me: taklah.. tadi kawan buat prank belated birthday
Ayah: ramainya sambut birthday kakak? berapa kali nak sambut? kan dah tue.
me: =.=" errhh nak mandi.


suke ? thnx for the reading ..

Tuesday, August 6, 2013

Ramadan moments



heyo meyoo.. Salam Ramadhan. aii sangatlah tak up to date. dah nak raya baru nak wish ? harhar kesah pulak aku. ok lately dah terabaikan baby aku yang sorang ni. Selalu busy melayan 'truffleDew' sahaja sampai terlupa dengan si 'munChymunChy' ni. (if you know what I mean) ;D ehemm.. hello blog, sihat ? Bismillah... 

TAKE 1
 

 TAKE 2

TAKE 3 

Haha funny gila gambar ni. Yang lain semua sama je mimik muka. Aku dengan zul yang spoil kan gambar ni -.- 

Ok ada apa ni sebenarnya ? 
Having a great iftar with them at pizza hut,Angsana

Actually, kitorang discuss just nak beriftar 'kita-kita' aja. Means, geng yang close sahaja.Yang dalam perancangan awal yang pergi cuma 7 orang. But apa yang sebenarnya berlaku ialah program kitorang telah digembar-gemburkan di dalam kelas 5ST. haa kan dah keluar ayat karangan aku. Siapalah gossipmonger yang hebohkan cerita ni -.- 

Last minute yang buat confirmation dengan aku dua orang je. 
Taufiq:"miqi, korang buka puasa kat angsana ea harini? aku nak join.
Me : " ok. datang sharp pukul 5.30, standby duit minimum RM20
Fatin : "Weyhh.. aku nak join weyh.Aku tengah ngidam nak makan pizza ni"
Me : " ok.5.30 tunggu depan pizza hut"

Aku ingatkan tambahan cuma dua orang tu je . But then......


 Me ? yang tengah pegang pisau tuh -.- waa tenggelam gamba ceq noh





haa.. nampak tak macam majlis keramaian di situ ._. bila dah TERamai, kitorang pun TERkecohlah. Rebut airlah, pinggan tak cukup, tersalah order air, rebut spaghetti . Cop, mana topek ? haa tu lah datang lambat ,dah tak dapat masuk dalam gambar. Orang suruh datang pukul 5.30, dia pergi datang 5minit lagi nak berbuka *-* cehh

13orang yang datang semuanya. fuhh.. ni baru certain je dari classmate kitorang, belum satu kelas lagi. Mau tak kenduri jadinya. At first, semuanya muncul tiba-tiba. *apa kau buat kat sini?* *lahh.. nak buka dengan koranglah* *ohh yeke?*. Aku tak tau yang akan datang boleh jadi seramai ni -.- luckily kitorang datang awal, boleh booking tempat vvip tuh err. So, charge satu kepala dikurangkan menjadi RM 15. Haha ada hikmah jugak datang ramai-ramai, eventhough mula-mula aku rasa macam... err kita nak sambut birthday party ke ?

Ok. dah lepas makan solat semua, pergi cari barang sikit. Then kitorang pergi karaoke kejap, and the final destination dekat Arcade. ( eh movie Final Destination yang baru dah keluar ea? ) ok lari topic. Ni yang aku tak faham tau budak lelaki ni -.- aku ingatkan bila dah addicted dengan dota, blackshot tuh semua dah tak layan lagi tokengame ni ._. membazir duit sahaja tau beli token tu semua ⊙_⊙ ( takyah cakap orang lah miQi, kau pun main jugak ) Ehh.. sorry sikit aku tak beli pun token tu ok. Tapi, kalau rembat token orang tu.. iyerlah kot. hehe ;D


Keep What Is Worth Keeping.

Dah penat round tingkat atas, pergi beli cornetto sundae. Me ? balik dalam pukul 9.30 malam. Sampai rumah memang confirm tak sentuh homework langsung. Ok, actually aku lupa yang besoknya still sekolah. ( ingatkan dah start cuti ^^ ) .Hmm agak-agak tahun depan kita still macam ni atau..................tenennnenn


*Banyak lagi gambar yang nak upload, but disebabkan mengupdate blog guna tabby ni teramatlah menguji kesabaran aku, so ni je yang mampu. Semua gambar via ImanNordudien*

suke ? thnx for the reading ..