Thursday, August 9, 2012

rambut raya !

yo ! lebih kurang seminggu je lagi nak raya . countdown ~
yup ! dengan rasminya saya umumkan UF2  dah tamat . jadi boleh lah raya dengan 'puas'
tahun ni asal rasa macam takde feel nak raya meh ? sebab utama : semakin meningkat umoq , semakin berkurang duit raya .
P/S : teenagers , this is the fact T____T
tadi time jawab paper yang teramat -amat paling amat yang tersangat-sangat susah iaitu sivik , kitorang punya 'ayahanda' tibe-tibe masuk kelas . dengan statiknye , semua budak yang sebelumnye telah dibuai mimpi terbangun dan menegakkan tulang belakang mereka (apasal dgn ayat aq nih ? =.=)
kecuali .... pa'an . boleh pulak dia selamba mamba je tidur bila cikgu rahman ada dalam kelas ? woww..
dan ayahanda dengan tegapnya berjalan menuju ke tempat pa'an (wahh .. bangga seyh dengan kitorang punye ayahanda *)
guess what ? cikgu rahman usap-usap rambut pa'an , then dia keluarkan secret weapon dia dan ...
*shretshret ... satu kelas pun macam *krikkrik
'weyh pa'an .. kw tak perasan ke rambut kaw dah kene kenduri dengan cikgu rahman ? boleh still tidur lagi?'
then bile cikgu tengok takde pape respon daripada pa'an , ape lagi .. cikgu pun gunting lagi sikit.
takde respon lagi ?syahid maybe . cikgu pun cakap : "kueng ajoq ek tak bangun-bangun lagi . nak saya botakkan ke ?"
serta-merta pa'an bangun . sah tidur-tidur ayam je mamat ni tadi . sayang jugak dengan rambut die tu .
ahaha .. lepas tu cikgu round 1 kelas , 8 org kot tak silap aq yang kene 'potong jambul' dengan ayahanda . 
psst .. strategi cikgu rahman : bulan 1 die 'berperang' means bagi amaran .
bulan pertengahan , dia akan pantau je
dan bulan dah nak raya , dia akan mulakan operasi mengubahsuai rambut pelajar .
haha 'seronok'lah korang ada fesyen rambut baru untuk raya . bangga sikit ...
bila dah habis round satu kelas , ayahanda pesan suruh repair balik rambut yang dia potong tu .. dan hari isnin die akan check lagi tapi dia akan bawak mesin .. heheh tapak 3 lah jawabnye .
untunglah cikgu tak buat tapak 1 . kalau tak , errrhh ....... juvana
* conform hari isnin nanti ramai yang ponteng punye .. *

suke ? thnx for the reading ..

No comments:

Post a Comment