Kuching Waterfront, Sarawak
Tukar topik. Cerita pasal kelas pulak. Kelas 4IS yang majoritinya dihuni oleh kaum adam, memang happening lah kan. Macam-macam perangai aku peratikan. I'm an OBSERVER, not a STALKER. Teringat kata-kata Amira Nadhirah. And yes,budak ni dua bulan je duk kat smka tu. kan?
Ok berbalik pada cerita kelas tadi. Setiap kali prep je kengkadang aku menghilang. Bukan sengaja k, or maybe sengaja? Tapi bersebab. Sebabnya aku ngantuk tau tak duduk lama-lama dalam kelas. -.- Keluar pun sebab nak ambil angin malam yang sayu gituh pheuuww. Ada satu time tu pernah kene kejar dengan ustazah sebab merayau waktu prep malam. Balik kelas memang merah je lah muka aku lepas penat dikejar. Memang sesuai nama pun aMERAH. (Hamende kau merepek ni miQi? ) Haha kesimpulannya aku memang tak boleh belajar waktu prep malam. Aura ngantuk sentiasa mengusap aku (eh, lain macam je ayat ). So, kalau kat kelas korang nampak aku tunduk sambil tangan memegang buku. Tolonglah jangan tertipu. Itu hanya hologram semata-mata. -.- Kalau tak faham, den malas nak terangkan.
JUN '12
Cuti pertengahan tahun. So, welcome to Kelantan.
Pantai Irama Bachok, Kelantan
Perjalanan yang sungguh memenatkan. Ok pendekkan cerita please..seminggu selepas naik cuti pertengahan tahun terus pindah smkUDA balek. surprisee ! *sila baling batu-bata dekat si munChy ni* *dushh bamm!* *oucchh ouuch T-T* *baling lagi* *prakk paangg!* *cukup cukup*
Masuk sekolah UDA, hari first setiap kali cikgu masuk je sorang-sorang tanya aku kenapa pindah. So,masa hari first tu keje aku asek mengulang suara je. Macam recorder je aku rasa =='. Dalam seminggu tu aku takde meja. Betapa sedihnya. Ni yang aku tak puas hati dengan ketua kelas 4ST ni. Eh, aku tak mention nama kan. Aku suruh cari meja berjela-jela alasan kau bagi kan. Last-last aku sendiri yang pergi cari meja. Hangkut meja dari tingkat 4 blok A,turun tangga,lalu kaki lima yang berbelok-belok tu, naik tangga sampailah ke tingkat 2 blok E. Berapa jauh tu. Perkasa kan aku hewhew :3 . Usaha tangga kejayaan. Eh, kaitan ?
JULAI-OKTOBER '12
Errr...... hurmm aku tak ingat . Sorry kita KIV dulu part yang ni. Boleh pulak*-*. Yang aku ingat bende normal yang budak sekolah menengah biasa buat. Bangun pagi, pergi sekolah, balik sekolah, jalan kaki, lintas jalan,kene hon dengan kereta,kalau lapar, singgah medan makan kejap, kalau hujan, balik mesti kain kuyup. Pehh takkan lah tu pun aku nak cerita -.- malu eden.
NOVEMBER-DISEMBER '12
Cuti sekolah akhir tahun. Hey tipulah kalau korang tak pernah bangun lambat even sekali pun mase cuti ni. Me? jangan tanya. Ok k kerajinan menaip aku dah semakin berkurang dah ni. Battery low wuhuu. Kita terus masuk ke bulan Dis. So, welcome to Perak.
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak
Ok perjalanan yang agak memenatkan jugak. Balik je rumah terus demam haiyyoo...ok dahh. Dah nak naik sekolah kan korang dah prepare? Hehe tahun depan tahun akhir aku sekolah, maka dengan itu nak tunjuk lah buku latihan yang aku akan pakai selama menjadi SPM Candy '13. Bafaq Bajet Pleasing kan aku? Yerr.. saye tahu itu. Tapi .. awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq dan awaq awaq semua kene ingat, ni blog siapa ? Ikut suke akulah hehe *kunyah batu-bata*
Nah .. tarraa...
Pehal beriye ni ? Ni khazanah ok. Benda yang aku tak dapat tengok lagi tahun 2014 nanti. Haha SPM Candy Batch 96 ! Menghitung jam nak masuk tahun 2013. *tik tok* *tik tok*
STRIVE FOR 10A++++++++++++++++ !