Assalamualaikum dan haii ;D . December's almost over rite? so nak share lah apa yang si munChymunChy ni dah lalui sepanjang tahun 2012 ni.Dari awal tahun sampai hujung tahun. Yup something like a whole year diary. Err semacam je bunyinya, so korang dinasihatkan agar sediakan bantal sebelum membaca entry ni. Yah caution ! entry ni mungkin akan panjang dan agak sentap bagi si penulis. hehe .. ok kita mulakan. Bismillahirrahmanirrahim.
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
JANUARI - FEBRUARI '12
Tiga minggu menjalani kehidupan seperti biasa di SmkBBU shorts for SMK Bandar Baru UDA. Belajar itu dan ini. Buat nota,latihan and blabla..Minggu keempat cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Tup tup dapat masuk SMKAJB stands for SMKAgama Johor Bahru. Disebabkan sekolah ni takda Chinese, so diorang cuti setengah minggu je. 26hb daftar masuk. Masa hari pendaftaran si munChy ni datang lambat. Tayar kereta pancit -.- , macam takde hari lain ke nak pancit wahai tayar? grr. So, aku takde masa taklimat untuk budak baru masa dalam dewan. Jadinya, satu habuk info pun aku tak tau pasal sekolah ni.
Datang uruskan itu ini . Beli buku. Then balik rumah. Yup *ulangsuara* balik rumah. Sepatutnya lepas pendaftaran tu kene terus masuk kelas. Tapi hmm masalah dorm ...................................*some text are missing*..............................(Sorrytakbolehnakdetailsangat)
ok so nak dipendekkan cerita aku memulakan hidup kat smka pada 30hb Januari bersamaan hari Isnin. Bertempat di
kelas 4 Ibn Rusyd dan Dorm Masyitah(dorm yg khas untuk form 4baru sahaja,limited edition .hoho)
Baru 4hari sekolah kat situ, serabutnya aku time tuh -.- lari ke hulu ke hilir.Rasanya macam tak pernah lekat pun kat kelas 4IR tu. Kena jumpa cikgu tu, cikgu ni. Sekejap tukar baju yg hijau tu apa nama baju tu,ahh baju koko. Dapat lengan pendek punye. Baju sukan pun sama . Memula dapat saiz kecik,then nak tukarlah saiz yang besar sikit. Bila dah dapat baju yang saiz besar sikit esoknya excitedlah nak pakai. Bila dah pakai tu, tengok cermin. Hmm saiznye Ok but again ==' lengan pendek. Yah!rasa macam nak menjerit je dalam toilet tuh. Pengajaran yang aku dapat: Kalau nak tukar saiz baju, kene geledah sendiri dalam koop biar tidak merana di kemudian hari-.-
Hari ke-5,aku ambik cuti satu hari. My first CPA. That moment baru rasa betapa syoknya cuti sekolah. Yelah.. dulu-dulu sekolah ke, cuti ke, sama ja. Onl berjam-jam, bangun tidur lambat jugak. opss. So, welcome to Kuching, Sarawak .
Kuching Waterfront, Sarawak
Hmm.. ok then naik CPA. Malam Rabu kot, kene pindah kelas. Kelas IR tuh untuk budak yang dapat 9A ja. Kiranye untuk bebudak yang pandailah. Aku ? Dipindahkan masuk kelas 4 Ibn Sina. Memula masuk kelas tu terkejut jugak. Asal bebudak kat kelas ni semuanya lelaki ?Tiga kali kot aku jumpa ustazah nak sure kan betul ke nama aku kat kelas IS. Mak aiihh.. dah la minggu first asek dapat baju laki, second week pulak kene masuk kelas yang ramai laki. Balik dorm je semua tanya kenapa muka aku merah padam. What ? tak tau nak cakap ape. senyum je =)
Minggu tu jugak dapat arahan dari warden suruh kosongkan dorm Masyit. Ya Allah, dah la penat mengahangkut buku dan meja segala bagai. Then nak kene hangkut pulak segala bagasi tuh semua. Haiyyoo .. dugaan k. Ok kene pindah dorm Sa'odah, dorm form 1. Fuhh aras atas sekali, elok-elok dapat dorm bawah sekali tup tup kene pindah dorm atas sekali. Tapi takpe, best! Mase nak pindahkan barang jelah yang rase macam tak syok tu. Sempot turun naik, turun naik -..-'
Jumpa dengan budak form 1. My nick untuk diorang 'kak miQi'. Ok terharu beb. Serious, tak tipu. Selama ni mane pernah budaq lower form panggil aku 'kakak'. sobsob.
MAC - MEI '12
Hurmm...Larian UDA bila haa? tak ingat bulan berapa. Tapi yang pastinya masa awal tahun tu smka ada buat Larian al-Falah ea nama dia? ah sorry aku tak berapa nak ingat. Yang aku ingat dua-dua larian tu berlangsung pada hari yang sama. Tapi aku tak pergi pun larian tu. Sebab kene suspect dengue. Untunglah aku tak kene lari 5km tu, but peritnya hari-hari kene inject untuk check darah. err
Hah ! satu hal yang aku tak boleh lupa masa firstfirst masuk sekolah ni. Majoritinya, for the girls la gune 'awak kite' :3 . Don't you think it's quite cute ? omo ! haha kekoklah jugak masa memula nak guna 'awak kite' tuh. But after a month dah ok kot. Ehemm budak UDA, jom guna 'awak kite', kehkeh ok tau korang brutal. Tak boleh cakap apa dah hehe.
Apa lagi ek. Ohh ye time Maulidur Rasul, baru aku rasa betapa pentingnya air. Haha dulu aku fikir takde lektrik adalah perkara yang paling membingitkan. Tapi, kalau takde air is the worst thing ever hatoyaii. Ok taknak cakap lebih-lebih pasal ni, nanti terbongkar segala rahsia warga Aspuri. So just shut up miQi *stopmenaip* shuushhhh
Tukar topik. Cerita pasal kelas pulak. Kelas 4IS yang majoritinya dihuni oleh kaum adam, memang happening lah kan. Macam-macam perangai aku peratikan. I'm an OBSERVER, not a STALKER. Teringat kata-kata Amira Nadhirah. And yes,budak ni dua bulan je duk kat smka tu. kan?
Ok berbalik pada cerita kelas tadi. Setiap kali prep je kengkadang aku menghilang. Bukan sengaja k, or maybe sengaja? Tapi bersebab. Sebabnya aku ngantuk tau tak duduk lama-lama dalam kelas. -.- Keluar pun sebab nak ambil angin malam yang sayu gituh pheuuww. Ada satu time tu pernah kene kejar dengan ustazah sebab merayau waktu prep malam. Balik kelas memang merah je lah muka aku lepas penat dikejar. Memang sesuai nama pun aMERAH. (Hamende kau merepek ni miQi? ) Haha kesimpulannya aku memang tak boleh belajar waktu prep malam. Aura ngantuk sentiasa mengusap aku (eh, lain macam je ayat ). So, kalau kat kelas korang nampak aku tunduk sambil tangan memegang buku. Tolonglah jangan tertipu. Itu hanya hologram semata-mata. -.- Kalau tak faham, den malas nak terangkan.
JUN '12
Cuti pertengahan tahun. So, welcome to Kelantan.
Pantai Irama Bachok, Kelantan
Perjalanan yang sungguh memenatkan. Ok pendekkan cerita please..seminggu selepas naik cuti pertengahan tahun terus pindah smkUDA balek. surprisee ! *sila baling batu-bata dekat si munChy ni* *dushh bamm!* *oucchh ouuch T-T* *baling lagi* *prakk paangg!* *cukup cukup*
Masuk sekolah UDA, hari first setiap kali cikgu masuk je sorang-sorang tanya aku kenapa pindah. So,masa hari first tu keje aku asek mengulang suara je. Macam recorder je aku rasa =='. Dalam seminggu tu aku takde meja. Betapa sedihnya. Ni yang aku tak puas hati dengan ketua kelas 4ST ni. Eh, aku tak mention nama kan. Aku suruh cari meja berjela-jela alasan kau bagi kan. Last-last aku sendiri yang pergi cari meja. Hangkut meja dari tingkat 4 blok A,turun tangga,lalu kaki lima yang berbelok-belok tu, naik tangga sampailah ke tingkat 2 blok E. Berapa jauh tu. Perkasa kan aku hewhew :3 . Usaha tangga kejayaan. Eh, kaitan ?
JULAI-OKTOBER '12
Errr...... hurmm aku tak ingat . Sorry kita KIV dulu part yang ni. Boleh pulak*-*. Yang aku ingat bende normal yang budak sekolah menengah biasa buat. Bangun pagi, pergi sekolah, balik sekolah, jalan kaki, lintas jalan,kene hon dengan kereta,kalau lapar, singgah medan makan kejap, kalau hujan, balik mesti kain kuyup. Pehh takkan lah tu pun aku nak cerita -.- malu eden.
NOVEMBER-DISEMBER '12
Cuti sekolah akhir tahun. Hey tipulah kalau korang tak pernah bangun lambat even sekali pun mase cuti ni. Me? jangan tanya. Ok k kerajinan menaip aku dah semakin berkurang dah ni. Battery low wuhuu. Kita terus masuk ke bulan Dis. So, welcome to Perak.
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak
Ok perjalanan yang agak memenatkan jugak. Balik je rumah terus demam haiyyoo...ok dahh. Dah nak naik sekolah kan korang dah prepare? Hehe tahun depan tahun akhir aku sekolah, maka dengan itu nak tunjuk lah buku latihan yang aku akan pakai selama menjadi SPM Candy '13. Bafaq Bajet Pleasing kan aku? Yerr.. saye tahu itu. Tapi .. awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq dan awaq awaq semua kene ingat, ni blog siapa ? Ikut suke akulah hehe *kunyah batu-bata*
Nah .. tarraa...
Pehal beriye ni ? Ni khazanah ok. Benda yang aku tak dapat tengok lagi tahun 2014 nanti. Haha SPM Candy Batch 96 ! Menghitung jam nak masuk tahun 2013. *tik tok* *tik tok*
STRIVE FOR 10A++++++++++++++++ !
Hey, camne nak pasang blockquote gune tabby ni. Penat dah gores. Blockquote, dari first aku cipta blog ni sampai sekarang asek kau je yang taknak dengar cakap.*Degil*
suke ? thnx for the reading ..
No comments:
Post a Comment