Wednesday, December 19, 2012

Lukis gambar BERNYAWA. Boleh ke?



Heyyy ... :3. Nampak kan title? Actually dah lama tertunda nak buat entry pasal benda ni. Ada suatu hari tu tengah kemas meja study. Then terjumpa satu khazanah. Jengjengjeng *drumroll* tarraa!
*pehh .. effect sepia bagai. Konon gambar ni dah berzaman ahh -.-'*

Siapakah? Ok beliau bukan orang ternama pun. So, tak perlu nak ambik tau hehe. And yes aku yang lukis. Dipersilakan gelak ;D. You never know what you have until you clean your study desk miQi. Bila tenung gambar ni terngiang-ngiang masa kat SRAB dulu ustaz pernah cakap tak boleh lukis gambar orang. Hey dah nama pun sekolah rendah memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri ahh hewhew. Maaf ustaz.

Dulu memang aku gila melukis sampai satu tahap tu terpikir nak jadi artist bila besar. Dulu k .. DULU. Dulu memang aku kaki komik yang tegar. Dulu k .. DULU. Maybe start dari situ aku mula obsess nak melukis itu ini. Banyak gila lukisan sampai boleh buat satu fail. Satu je kot, tak boleh kebih-lebih. My first drawing, gambar musang tengah seberang sungai. Disebabkan terlalu excited dengan drawing yang kalau orang dewasa judge diorang mesti ingat gambar yang telah diphotostat gituh (eh, propa jap), drawing tu pun ditampal kat dinding. Buat tatapan gitu. But then my mom said tak elok tampal lukisan kat dinding rumah, nanti malaikat tak masuk. Gambar musang tu =__='.Darjah dua maybe.

Masa tu aku ingat boleh je lukis benda hidup asalkan tak tampal dalam rumah. So, dari tahun ke tahun semakin meningkat lukisan yang aku buat. Dari Looney tunes, anime, ke potrait sebenar. Gatal punya tangan. Dah minat, memang tak tau hukum lah. Sampaikan muka ayah terchenta pun wa sempat lukis. Bayangkan, control senyum je ayah aku menunggu berjam-jam aku siap lukis. Memang tabik doublespring ahh hewhew.

Naik sekolah menengah komik, segala macam lukisan tu entah ke mana. Semuanya telah selamat dijual. Err you know..yang 'suratkhabarlama! Suratkhabarlama!' tu. Lebih detail dijual sebelum nak ambik UPSR. Memang haruu T-T. From that moment dah jarang-jarang lukis dan mungkin tangan dah menjadi sedikit kayu. Tahun ni? satu tu je lukisan yang selamat kat tangan aku (buat masa sekarang). Suatu hari nanti,ye satu hari nanti that drawing will be destroyed. hmm why ? mungkin semua orang dah tau .Tapi apa salahnya bagi tekan kan lagi kat budak yang gatal tangan bila pegang drawing block macam aku ni hehe *-*

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•


Hukum melukis gambar bernyawa.



Syeikh Abdulullah bin Abdul Aziz bin Baz rahimahullah di dalam Fatwa beliau berkata: "Sesungguhnya banyak sekali hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasalam dalam kitab-kitab yang sahih, baik yang terdapat dalam kitab Sunan atau pun dalam kitab Musnad-musnad, iaitu mengenai haramnya membuat gambar sesuatu yang bernyawa, sama ada ianya (gambar) manusia atau bukan. Di dalam hadis-hadis itu ada riwayat yang menceritakan bahawa baginda sallallahu ‘alaihi wasalam mengoyakkan tirai-tirai yang bergambar dan memerintahkan agar dihapuskan gambar-gambar. Disamping itu baginda melaknat tukang gambar dan menerangkan bahawa mereka termasuk orang-orang yang paling keras mendapat siksa di hari kiamat."

Ok tetibe rasa berdosa isk isk. Tangan ohh tangan.. tobat k. Yah! Kalau nak lukis tu boleh, tapi bukan something yang bernyawa. Pemandangan ke.. or something else lah. Kang tak pasal-pasal lukisan yang bernyawa tu mintak 'nyawa' kat pelukisnye, tak ke naya. Ok tetibe rasa seram. Taknak cakap lebih-lebih. Cukup sampai sini sahaja.(pehh ayat aku, tak boleh nak skema lagi?)

-tiga kali post ni masuk draft, baru sekarang dapat publish ohhmayy -

suke ? thnx for the reading ..

No comments:

Post a Comment