Monday, December 31, 2012

Cherish moments ;D



Assalamualaikum dan haii ;D . December's almost over rite? so nak share lah apa yang si munChymunChy ni dah lalui sepanjang tahun 2012 ni.Dari awal tahun sampai hujung tahun. Yup something like a whole year diary. Err semacam je bunyinya, so korang dinasihatkan agar sediakan bantal sebelum membaca entry ni. Yah caution ! entry ni mungkin akan panjang dan agak sentap bagi si penulis. hehe .. ok kita mulakan. Bismillahirrahmanirrahim.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

JANUARI - FEBRUARI '12

Tiga minggu menjalani kehidupan seperti biasa di SmkBBU shorts for SMK Bandar Baru UDA. Belajar itu dan ini. Buat nota,latihan and blabla..Minggu keempat cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Tup tup dapat masuk SMKAJB stands for SMKAgama Johor Bahru. Disebabkan sekolah ni takda Chinese, so diorang cuti setengah minggu je. 26hb daftar masuk. Masa hari pendaftaran si munChy ni datang lambat. Tayar kereta pancit -.- , macam takde hari lain ke nak pancit wahai tayar? grr. So, aku takde masa taklimat untuk budak baru masa dalam dewan. Jadinya, satu habuk info pun aku tak tau pasal sekolah ni.
Datang uruskan itu ini . Beli buku. Then balik rumah. Yup *ulangsuara* balik rumah. Sepatutnya lepas pendaftaran tu kene terus masuk kelas. Tapi hmm  masalah dorm ...................................*some text are missing*..............................(Sorrytakbolehnakdetailsangat)
ok so nak dipendekkan cerita aku memulakan hidup kat smka pada 30hb Januari bersamaan hari Isnin. Bertempat di kelas 4 Ibn Rusyd dan Dorm Masyitah(dorm yg khas untuk form 4baru sahaja,limited edition .hoho)
 
Baru 4hari sekolah kat situ, serabutnya aku time tuh -.- lari ke hulu ke hilir.Rasanya macam tak pernah lekat pun kat kelas 4IR tu. Kena jumpa cikgu tu, cikgu ni. Sekejap tukar baju yg hijau tu apa nama baju tu,ahh baju koko. Dapat lengan pendek punye. Baju sukan pun sama . Memula dapat saiz kecik,then nak tukarlah saiz yang besar sikit. Bila dah dapat baju yang saiz besar sikit esoknya excitedlah nak pakai. Bila dah pakai tu, tengok cermin. Hmm saiznye Ok but again ==' lengan pendek. Yah!rasa macam nak menjerit je dalam toilet tuh. Pengajaran yang aku dapat: Kalau nak tukar saiz baju, kene geledah sendiri dalam koop biar tidak merana di kemudian hari-.-

Hari ke-5,aku ambik cuti satu hari. My first CPA. That moment baru rasa betapa syoknya cuti sekolah. Yelah.. dulu-dulu sekolah ke, cuti ke, sama ja. Onl berjam-jam, bangun tidur lambat jugak. opss. So, welcome to Kuching, Sarawak .

Kuching Waterfront, Sarawak 

Hmm.. ok then naik CPA. Malam Rabu kot, kene pindah kelas. Kelas IR tuh untuk budak yang dapat 9A ja. Kiranye untuk bebudak yang pandailah. Aku ? Dipindahkan masuk kelas 4 Ibn Sina. Memula masuk kelas tu terkejut jugak. Asal bebudak kat kelas ni semuanya lelaki ?Tiga kali kot aku jumpa ustazah nak sure kan betul ke nama aku kat kelas IS. Mak aiihh.. dah la minggu first asek dapat baju laki, second week pulak kene masuk kelas yang ramai laki. Balik dorm je semua tanya kenapa muka aku merah padam. What ? tak tau nak cakap ape. senyum je =)

Minggu tu jugak dapat arahan dari warden suruh kosongkan dorm Masyit. Ya Allah, dah la penat mengahangkut buku dan meja segala bagai. Then nak kene hangkut pulak segala bagasi tuh semua. Haiyyoo .. dugaan k. Ok kene pindah dorm Sa'odah, dorm form 1. Fuhh aras atas sekali, elok-elok dapat dorm bawah sekali tup tup kene pindah dorm atas sekali. Tapi takpe, best! Mase nak pindahkan barang jelah yang rase macam tak syok tu. Sempot turun naik, turun naik -..-'
Jumpa dengan budak form 1. My nick untuk diorang 'kak miQi'. Ok terharu beb. Serious, tak  tipu. Selama ni mane pernah budaq lower form panggil aku 'kakak'. sobsob. 

MAC - MEI '12

Hurmm...Larian UDA bila haa? tak ingat bulan berapa. Tapi yang pastinya masa awal tahun tu smka ada buat Larian al-Falah ea nama dia? ah sorry aku tak berapa nak ingat. Yang aku ingat dua-dua larian tu berlangsung pada hari yang sama. Tapi aku tak pergi pun larian tu. Sebab kene suspect dengue. Untunglah aku tak kene lari 5km tu, but peritnya hari-hari kene inject untuk check darah. err

Hah ! satu hal yang aku tak boleh lupa masa firstfirst masuk sekolah ni. Majoritinya, for the girls la gune 'awak kite' :3 . Don't you think it's quite cute ? omo ! haha kekoklah jugak masa memula nak guna 'awak kite' tuh. But after a month dah ok kot. Ehemm budak UDA, jom guna 'awak kite', kehkeh ok tau korang brutal. Tak boleh cakap apa dah hehe.

Apa lagi ek. Ohh ye time Maulidur Rasul, baru aku rasa betapa pentingnya air. Haha dulu aku fikir takde lektrik adalah perkara yang paling membingitkan. Tapi, kalau takde air is the worst thing ever hatoyaii. Ok taknak cakap lebih-lebih pasal ni, nanti terbongkar segala rahsia warga Aspuri. So just shut up miQi *stopmenaip* shuushhhh


Tukar topik. Cerita pasal kelas pulak. Kelas 4IS yang majoritinya dihuni oleh kaum adam, memang happening lah kan. Macam-macam perangai aku peratikan. I'm an OBSERVER, not a STALKER. Teringat kata-kata Amira Nadhirah. And yes,budak ni dua bulan je duk kat smka tu. kan?

Ok berbalik pada cerita kelas tadi. Setiap kali prep je kengkadang aku menghilang. Bukan sengaja k, or maybe sengaja? Tapi bersebab. Sebabnya aku ngantuk tau tak duduk lama-lama dalam kelas. -.- Keluar pun sebab nak ambil angin malam yang sayu gituh pheuuww. Ada satu time tu pernah kene kejar dengan ustazah sebab merayau waktu prep malam. Balik kelas memang merah je lah muka aku lepas penat dikejar. Memang sesuai nama pun aMERAH. (Hamende kau merepek ni miQi? ) Haha kesimpulannya aku memang tak boleh belajar waktu prep malam. Aura ngantuk sentiasa mengusap aku (eh, lain macam je ayat ). So, kalau kat kelas korang nampak aku tunduk sambil tangan memegang buku. Tolonglah jangan tertipu. Itu hanya hologram semata-mata. -.- Kalau tak faham, den malas nak terangkan.

JUN '12

Cuti pertengahan tahun. So, welcome to Kelantan.

Pantai Irama Bachok, Kelantan

Perjalanan yang sungguh memenatkan. Ok pendekkan cerita please..seminggu selepas naik cuti pertengahan tahun terus pindah smkUDA balek. surprisee ! *sila baling batu-bata dekat si munChy ni* *dushh bamm!* *oucchh ouuch T-T* *baling lagi* *prakk paangg!* *cukup cukup*

Masuk sekolah UDA, hari first setiap kali cikgu masuk je sorang-sorang tanya aku kenapa pindah. So,masa hari first tu keje aku asek mengulang suara je. Macam recorder je aku rasa =='. Dalam seminggu tu aku takde meja. Betapa sedihnya. Ni yang aku tak puas hati dengan ketua kelas 4ST ni. Eh, aku tak mention nama kan. Aku suruh cari meja berjela-jela alasan kau bagi kan. Last-last aku sendiri yang pergi cari meja. Hangkut meja dari tingkat 4 blok A,turun tangga,lalu kaki lima yang berbelok-belok tu, naik tangga sampailah ke tingkat 2 blok E. Berapa jauh tu. Perkasa kan aku hewhew :3 . Usaha tangga kejayaan. Eh, kaitan ?

JULAI-OKTOBER '12

Errr...... hurmm aku tak ingat . Sorry kita KIV dulu part yang ni. Boleh pulak*-*. Yang aku ingat bende normal yang budak sekolah menengah biasa buat. Bangun pagi, pergi sekolah, balik sekolah, jalan kaki, lintas jalan,kene hon dengan kereta,kalau lapar, singgah medan makan kejap, kalau hujan, balik mesti kain kuyup. Pehh takkan lah tu pun aku nak cerita -.- malu eden.

NOVEMBER-DISEMBER '12

Cuti sekolah akhir tahun. Hey tipulah kalau korang tak pernah bangun lambat even sekali pun mase cuti ni. Me? jangan tanya. Ok k kerajinan menaip aku dah semakin berkurang dah ni. Battery low wuhuu. Kita terus masuk ke bulan Dis. So, welcome to Perak.

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak

Ok perjalanan yang agak memenatkan jugak. Balik je rumah terus demam haiyyoo...ok dahh. Dah nak naik sekolah kan korang dah prepare? Hehe tahun depan tahun akhir aku sekolah, maka dengan itu nak tunjuk lah buku latihan yang aku akan pakai selama menjadi SPM Candy '13. Bafaq Bajet Pleasing kan aku? Yerr.. saye tahu itu. Tapi .. awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq awaq dan awaq awaq semua kene ingat, ni blog siapa ? Ikut suke akulah hehe *kunyah batu-bata*

Nah .. tarraa...
Pehal beriye ni ? Ni khazanah ok. Benda yang aku tak dapat tengok lagi tahun 2014 nanti. Haha SPM Candy Batch 96 ! Menghitung jam nak masuk tahun 2013. *tik tok* *tik tok*
STRIVE FOR 10A++++++++++++++++ ! 



Hey, camne nak pasang blockquote gune tabby ni. Penat dah gores. Blockquote, dari first aku cipta blog ni sampai sekarang asek kau je yang taknak dengar cakap.*Degil* 

suke ? thnx for the reading ..

Wednesday, December 19, 2012

Lukis gambar BERNYAWA. Boleh ke?



Heyyy ... :3. Nampak kan title? Actually dah lama tertunda nak buat entry pasal benda ni. Ada suatu hari tu tengah kemas meja study. Then terjumpa satu khazanah. Jengjengjeng *drumroll* tarraa!
*pehh .. effect sepia bagai. Konon gambar ni dah berzaman ahh -.-'*

Siapakah? Ok beliau bukan orang ternama pun. So, tak perlu nak ambik tau hehe. And yes aku yang lukis. Dipersilakan gelak ;D. You never know what you have until you clean your study desk miQi. Bila tenung gambar ni terngiang-ngiang masa kat SRAB dulu ustaz pernah cakap tak boleh lukis gambar orang. Hey dah nama pun sekolah rendah memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri ahh hewhew. Maaf ustaz.

Dulu memang aku gila melukis sampai satu tahap tu terpikir nak jadi artist bila besar. Dulu k .. DULU. Dulu memang aku kaki komik yang tegar. Dulu k .. DULU. Maybe start dari situ aku mula obsess nak melukis itu ini. Banyak gila lukisan sampai boleh buat satu fail. Satu je kot, tak boleh kebih-lebih. My first drawing, gambar musang tengah seberang sungai. Disebabkan terlalu excited dengan drawing yang kalau orang dewasa judge diorang mesti ingat gambar yang telah diphotostat gituh (eh, propa jap), drawing tu pun ditampal kat dinding. Buat tatapan gitu. But then my mom said tak elok tampal lukisan kat dinding rumah, nanti malaikat tak masuk. Gambar musang tu =__='.Darjah dua maybe.

Masa tu aku ingat boleh je lukis benda hidup asalkan tak tampal dalam rumah. So, dari tahun ke tahun semakin meningkat lukisan yang aku buat. Dari Looney tunes, anime, ke potrait sebenar. Gatal punya tangan. Dah minat, memang tak tau hukum lah. Sampaikan muka ayah terchenta pun wa sempat lukis. Bayangkan, control senyum je ayah aku menunggu berjam-jam aku siap lukis. Memang tabik doublespring ahh hewhew.

Naik sekolah menengah komik, segala macam lukisan tu entah ke mana. Semuanya telah selamat dijual. Err you know..yang 'suratkhabarlama! Suratkhabarlama!' tu. Lebih detail dijual sebelum nak ambik UPSR. Memang haruu T-T. From that moment dah jarang-jarang lukis dan mungkin tangan dah menjadi sedikit kayu. Tahun ni? satu tu je lukisan yang selamat kat tangan aku (buat masa sekarang). Suatu hari nanti,ye satu hari nanti that drawing will be destroyed. hmm why ? mungkin semua orang dah tau .Tapi apa salahnya bagi tekan kan lagi kat budak yang gatal tangan bila pegang drawing block macam aku ni hehe *-*

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•


Hukum melukis gambar bernyawa.



Syeikh Abdulullah bin Abdul Aziz bin Baz rahimahullah di dalam Fatwa beliau berkata: "Sesungguhnya banyak sekali hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasalam dalam kitab-kitab yang sahih, baik yang terdapat dalam kitab Sunan atau pun dalam kitab Musnad-musnad, iaitu mengenai haramnya membuat gambar sesuatu yang bernyawa, sama ada ianya (gambar) manusia atau bukan. Di dalam hadis-hadis itu ada riwayat yang menceritakan bahawa baginda sallallahu ‘alaihi wasalam mengoyakkan tirai-tirai yang bergambar dan memerintahkan agar dihapuskan gambar-gambar. Disamping itu baginda melaknat tukang gambar dan menerangkan bahawa mereka termasuk orang-orang yang paling keras mendapat siksa di hari kiamat."

Ok tetibe rasa berdosa isk isk. Tangan ohh tangan.. tobat k. Yah! Kalau nak lukis tu boleh, tapi bukan something yang bernyawa. Pemandangan ke.. or something else lah. Kang tak pasal-pasal lukisan yang bernyawa tu mintak 'nyawa' kat pelukisnye, tak ke naya. Ok tetibe rasa seram. Taknak cakap lebih-lebih. Cukup sampai sini sahaja.(pehh ayat aku, tak boleh nak skema lagi?)

-tiga kali post ni masuk draft, baru sekarang dapat publish ohhmayy -

suke ? thnx for the reading ..

Tuesday, December 4, 2012

tears and smiles



Assalamualaikum . Hai munchymunChy sekalian , walaupun tau korang dah tidur sekarang ni .. erh kesah pulak aku?haha. Ok fine ,serious tak boleh tidur . Bermacam-macam lagu tidur dah masuk telinga ni . Tapi bila teringatkan balik kenapa malam ni susah sangat aku nak tidur , *rewind back* .Nah ! hambek penangan tidur tengahari yang overdos . MasyaAllah...*gelengkepala* . Kata orang , tidur waktu zuhur tu baik .hehe . Ok let me straight to the point for this entry . fuhh disebabkan malam ni terasa panjang buat aku , so dengan rajinnya aq pun meng'godeh' phone aku yang selama ni aku buat dunnow je kehadiran beliau di sisi aku . And yup , terbongkarlah segala khazanah kehidupan 'adolescence' aku . 
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
hey , SDKA dah habis kan ? ape tu ? haha it stands for Sijil Darjah Khas Agama ye kawan-kawan .. 
'eh miqi , since when u raaajiinnn sangad nak mention pasal darjah khas ni ?'
"since I tak boleh tidur malam ni yer .."
Ok jom recall balik macam mana miQi ambik Darjah Khas dulu .. ready..
Bismillahirrahmanirrahim .
2009-sabtu
I really hate the moment when I wake up and realize the day was SATURDAY . The moment when I had to wear that kain coklat *likeseriously ! susah gile nak gosok >,<* .And the most annoying thing is setiap minggu kene cari kawan baru ! sebabbudakUDAmemangsukapontengdarjahkhas. mcm biskut ,minggu ni ada , minggu depan takde..bulan ni ade , bulan depan dah berhenti. What the duck ?queckqueck
-ish kalau tak faham , takpayah nak kusutkan kepala keyh-
Time rehat : 7E - Wafer -7E -Wafer-7E-Wafer..tu je memanjang . tak pernah nak lekat kat kantin sekolah . maaf makcik kantin .
so kesimpulannya di sini , masa form 1 memang aku tak suka pergi darjah khas sebab semuanya muka-muka baru . Tapi kehadiran memuaskan ..yippieee
Bila nak periksa Darjah Khas memang takde feel langsung . Teruknye aku -.-' hadeyhh. Tapi aku dapat semangat ahh jugak nak jawab periksa tu sebab kata-kata ayah .
'Kalau kakaq dapat pangkat 1dalam Darjah Khas ni , tahun depan takyah ulang'
so,disebabkan tu lah aku jawab paper tu dengan fikiran (taknak ulang daja khas ,taknak ulang daja khas)

naif betul pemikiran aku DULUUuuu...
dan bila dah dapat keputusan ... Alhamdulillah ..
Pangkat 1 agregat 21.YESS !
kusangkakan hujan hingga ke malam ,, tapi.............panas di tengah hari .ouch ! *kantoi aku kalau cikgu bm bace ni --'*
respon daripada ayah :
'Agregat 21 ? hurmm... lagi sikit je nak JATUH Pangkat 2. err....emm. Kaq ,akaq ulang Darjah khas boleh ? lagipun sekolah dekat dengan rumah , takpe ayah hantar ea ayah hantar .'
respon dari hati kuu :
'dulu punn ayah hantar jugak ..sadissss . uwaaaa! sandiwara ape pulak ni ? am I ..in a dream right now ? salah dengar kot ...'
And you know what , aku takde hak nak bantah ayah aku . so, dengan berat hatinya aku setuju .sobsob T-T
walaupun minda aku dah yakin 100% aku takkan ulang lagi SDKA untuk kali kedua ,tapi.. DIA yang Maha Merancang kann ? who knows ......
2010-Sabtu
pelajar senior darjah khas .lol padahal takdelah senior mane .Masa nak daftarmasuk tu semua ustazah terkejut .
'awaq ni nak ulang SDKA?'
"aha..kenapa ustazah ?dah penuh ke ?"
'tak , banyak lagi kosong..tapi kenapa awaq nak ulang ?Tak pernah budak yg dah dapat pangkat 1ulang SDKA . Cipta rekod .'
"erk ...err" *Aku takde jawapan ,hanya senyuman ...*
'nak start hari ni ke ?'
"tak . minggu depan ."
'ohh ok . Bilik no....'
"BILIK 25 ." cepatcepat aku potong .ngehngeh takut dapat kelas lain.
minggu depannyer ada suatu masa tu dalam kelas ada ustazah ni merangkap guru kelas kitorang tengah ajar akhlak dengan tidak semena-menanya tertukar topik .
'awaq semua ni tau tak dalam kelas ni ada budak pangkat 1 yang ulang ambik daja khas tahun ni ?'
aku yang masetu tengah menconteng kat kertas tetiba tersentap !
(eh , macam kenal jek)
dan muka masing-masing cuak pandang kirikanan lols
"siape ustazah?"
"Kenapa dia ulang ?"
"Peliknya budak tu"
Ish banyak bunyi pulak . hey, aku still boleh dengar ok .grr
so,endingnya sampai akhir tahun diorang still taktau siapa 'budak' tu .harharhar
Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang tau.

hmm.. form 2 aku dah start suka dgn daja khas . sedikitlah . 
sebab ada teman nak makan sesama , conteng tangan ,contang meja LoL?
haha time exam kita buad yang terbaekk kan ?
semue result gempak gempak !walaupun dalam kelas kerjanya menconteng buku je kan . itulah saye.

Dan Alhamdulillah dapat menggenggam keputusan yang ayah nak .yeahh !nak tau berape ? terbalikkan je agregat yang lama tu .

-Sorry kalau post kali ni agak serabut . aku try taip dalam menahan ngantuk ni . ok esok ada motivasi . kalau sempat see ya in the next post-


suke ? thnx for the reading ..